PRN: Bersatu Kelantan letak calon boleh menang lawan BN

Kamaruddin
Kamaruddin
A
A
A

KOTA BHARU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan mempertaruhkan calon boleh menang dalam usaha merampas kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Pengerusinya, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, usaha itu bagi mengukuhkan lagi tampuk pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan yang merupakan rakan sekutu mereka menerusi Perikatan Nasional (PN).

"Calon yang kita pertaruhkan ini datang daripada pelbagai latar belakang merangkumi akademik, profesional dan sebagainya bagi memastikan kemenangan menjadi milik Bersatu dan PN," katanya semasa sidang akhbar di sini pada Selasa.

Menurut beliau, Bersatu Kelantan sudah menyerahkan senarai nama calon kepada pusat untuk dinilai sama ada layak atau sebaliknya.

Ujarnya, senarai itu akan diputuskan dalam masa terdekat termasuklah agihan kerusi secara muktamad.

Kamaruddin memberitahu, setakat ini Bersatu sah akan bertanding di enam kerusi sahaja.