Isu murid Tahun Satu 'dikurung' telah selesai - Menteri Pendidikan

Bapa kepada murid Tahun Satu yang dikurung dalam sebuah ruangan pagar besi seperti yang tular di laman sosial telah menerima penjelasan guru terlibat dengan baik dan memaafkannya.
Bapa kepada murid Tahun Satu yang dikurung dalam sebuah ruangan pagar besi seperti yang tular di laman sosial telah menerima penjelasan guru terlibat dengan baik dan memaafkannya.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Isu seorang murid Tahun Satu yang didakwa dikurung dalam sebuah ruangan pagar besi di sebuah sekolah di Negeri Sembilan telah diselesaikan dengan baik.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, penyelesaian kes itu sudah dicapai antara pihak sekolah berkenaan dan ibu bapa pelajar terbabit.

Malah jelasnya, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan segala perkara dibangkitkan.

"Seperti yang saya sebutkan, kes ini telah ditangani dengan baik oleh pihak JPN malah dalam konteks siasatan semua perkara berkenaan dan tindakan yang diambil berhubung isu dibangkitkan telah selesai.

"Tindakan ini diambil adalah untuk memastikan keselamatan keseluruhan, bukan saja murid itu tetapi juga pihak sekolah terbabit,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Korban Perdana anjuran Pusat Khidmatnya di Masjid Al Huda Sungai Bakau, di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas perkembangan siasatan kes murid Tahun satu berkenaan.

Dalam pada itu, Fadhlina berharap, isu murid itu dijadikan pengajaran untuk semua pihak supaya ia tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Fadhlina
Fadhlina

"Terima kasih atas keprihatinan semua terhadap isu ini dan KPM akan terus membaiki ekosistem pendidikan dari semasa ke semasa,” katanya.

Sebelum ini tular di laman Twitter ciapan seorang lelaki mendedahkan perkara itu dan tangkap layar perbualan kumpulan WhatsApp dipercayai antara guru dan ibu bapa serta penjaga pelajar kelas berkenaan.

Murid Tahun Satu sebuah sekolah rendah di Rembau itu dikatakan dikurung dalam sebuah bilik berpagar besi yang kelihatan seperti penjara.

ARTIKEL BERKAITAN: Murid dikurung: Bapa terima penjelasan sekolah