Protes harus seiring dengan undang-undang: KPU

Komisioner KPU Ilham Saputra. - Foto Detik.com
Komisioner KPU Ilham Saputra. - Foto Detik.com
A
A
A

JAKARTA - Pejabat Komisi Pemilihan Umum (KPU) di Jakarta menjadi antara lokasi utama penunjuk perasaan yang membantah keputusan rasmi pilihan raya Indonesia semalam.

Sehubungan itu, Komisioner KPU yang dihubungi media tempatan berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di pejabat KPU.

"Sebelum ini juga pernah terjadi demonstrasi di KPU, ternyata ada yang menyokong dan membantah keputusan KPU, pada kami tiada masalah," kata Komisioner KPU Ilham Saputra, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Indonesia guna gas pemedih mata surai himpunan

Bagaimanapun, Ilham berpesan agar demonstrasi dilakukan mengikut peraturan dan hak menyuarakan pandangan harus seiring dengan lunas perundangan.

Ditanya jika perwakilan KPU sedia bertemu sekiranya terdapat permintaan daripada penunjuk perasaan, Ilham menyatakan buat masa ini pihaknya masih perlu menyelesaikan beberapa tugasan lain.

"Kita lihat keadaannya nanti, kerana buat masa ini kami perlu menyelesaikan banyak perkara," kata Ilham. Tunjuk perasaan yang bermula semalam menyaksikan kira-kira 1,000 penunjuk perasaan berhimpun beramai-ramai di hadapan pejabat Badan Pengawasan Pemilihan Umum (Bawaslu) di Jakarta.

Protes dilaporkan berlarutan hingga awal pagi tadi dan anggota keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang bertindak ganas.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pembantu Ketua Polis (Operasi), Inspektor Jeneral Martuani Sormin mengeluarkan perintah siap siaga bermula hari ini hingga 25 Mei bagi memantau tahap keselamatan.

Setiap ketua wilayah turut diminta mengemukakan laporan situasi semasa di kawasan masing-masing selain mengaktifkan langkah keselamatan. - Detik.com