Hormati larangan ceramah politik dalam masjid

Gambar hiasan oleh Foto: Siti Shahrosamirah Shaharman (Gambar kecil: Muhammad Taqiuddin Cheman)
Gambar hiasan oleh Foto: Siti Shahrosamirah Shaharman (Gambar kecil: Muhammad Taqiuddin Cheman)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Semua pihak disaran menghormati keputusan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berhubung isu larangan ceramah politik di dalam masjid.

Ketua Pemuda Amanah Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata, pihaknya sebelum ini menerima laporan terdapat pihak yang menuding jari ke atas pimpinan dari PH yang didakwa menggunakan tempat ibadah tersebut sebagai tempat penyebaran fahaman politik.

“Selain itu pihak kami menyelar tindakan sebuah laman Facebook yang menggunakan perkataan 'anjing' yang diyakini ditujukan gelaran tersebut kepada Ahli Parlimen Labis, YB Pang Hok Liong yang dikatakan berceramah di masjid.

“Saya melihat perkara ini seperti berat sebelah kerana sekiranya perkara sama dilakukan pihak pembangkang, laman tersebut tidaklah memaklumkannya kepada orang ramai dan ini tindakan yang keji,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Taqiuddin yang juga ADUN Pulai Sebatang memohon semua pihak menghormati perkara diputuskan serta menghentikan segera tindakan yang mampu mengundang fitnah seperti itu.

“Saya juga menyarankan penceramah yang bertauliah menghentikan tindakan menanam kebencian kepada pihak kerajaan di negeri ini seperti dilaporkan kepada saya.

“Perkara ini perlu dihentikan segera kerana ia akan mengundang kekeliruan dalam masyarakat. Saya juga menjunjung titah Tuanku Sultan Johor yang menitahkan menghentikan segala kegiatan berpolitik di dalam masjid,” katanya.

Artikel Berkaitan: