'Semoga saya dan Ammar dapat selesaikan masalah ini'

Pelakon, Ammar Alfian
Pelakon, Ammar Alfian
A
A
A

JIKA sebelum ini panas dengan kisah kecurangan penyanyi Aliff Aziz terhadap isterinya Bella Astillah.

Kini industri hiburan dan orang ramai dikejutkan pula dengan berita pendedahan pengakuan oleh isteri pelakon PASKAL, Ammar Alfian, iaitu Nelissa Nezam menerusi Instagram selain di Instastory miliknya.

Pun begitu, kedua-dua luahan panjang lebar tersebut telah dipadamkan selepas beberapa jam dimuat naik.

“Bukanlah cara saya untuk mendedahkan kepada umum tentang kisah peribadi. Ia tercetus kerana perasaan marah dan sakit hati.

"Lukanya masih baru dan emosi saya didorong oleh situasi saya yang sedang berbadan dua.

No Image Caption

“Bagaimanapun, apa yang sudah berlaku biarkan berlalu. Ini waktu yang sukar bagi saya dan keluarga saya.

"Saya sangat menghargai sokongan anda semua tetapi saya fikir adalah lebih baik untuk menyelesaikan masalah ini secara privasi dan saya mengutamakan kandungan bayi saya.

Artikel Berkaitan:

“Semoga saya dan Ammar akan menyelesaikan masalah ini antara kami berdua dan sesungguhnya mahu menjadi ibu dan bapa yang terbaik,” luahnya di Instastory.

Sementara itu, hasil tinjauan Sinar Harian mendapati, kedua-dua mereka telah pun memadam gambar bersama di akaun media sosial masing-masing.

Pasangan itu selamat mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.