Jambatan angkat Terengganu dibuka 2 Jun

Jambatan angkat menjadi mercu tanda baharu Terengganu. Gambar kecil: A.Rahman
Jambatan angkat menjadi mercu tanda baharu Terengganu. Gambar kecil: A.Rahman
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Orang ramai berpeluang merasai pengalaman baharu dengan melalui jambatan angkat (drawbridge) yang beroperasi di Pusat Bandar Kuala Terengganu (KTCC) kerana ia akan dibuka bagi laluan percubaan selama 16 hari bermula 2 hingga 17 Jun nanti.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk A Rahman Yahya berkata, tahap kemajuan fizikal mercu tanda baharu Terengganu itu kini telah 99 peratus siap dan dijangka selesai sepenuhnya pada 31 Mei ini.

"Jambatan angkat ini telah hampir siap sepenuhnya dan akan dibuka bagi tempoh percubaan kepada orang ramai.

"Selepas itu, kita akan tutup semula laluan untuk lihat lebih lanjut dari segi operasinya dan dijangka akan dibuka sepenuhnya akhir Jun nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Terengganu hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Bangunan ikonik Terengganu yang mula dibina pada Ogos 2014 itu menelan belanja RM248 juta.

Ia kini melalui fasa terakhir pembangunan melibatkan kerja-kerja penyediaan papan tanda dan persediaan pasukan operasi yang akan menyelia bangunan itu setelah ia beroperasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jambatan angkat Terengganu beroperasi sebelum Aidilfitri

Artikel Berkaitan: