Polis gempur premis gajikan mak nyah jadi 'tukang urut'

Antara yang ditahan dalam Ops Noda semalam. - Foto Ihsan Polis
Antara yang ditahan dalam Ops Noda semalam. - Foto Ihsan Polis
A
A
A

BANTING - Sebuah pusat refleksologi di sini, bukan sahaja menawarkan wanita warga asing sebagai tukang urut, malah turut dikesan menggajikan golongan mak nyah untuk urutan 'tambahan'.

Itu kegiatan yang berjaya dibongkar sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, menerusi Ops Noda, semalam.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Azmi Syukor berkata, Ops Noda bermula jam 4.15 petang itu dilakukan di dua buah premis dan berjaya menahan seramai 11 wanita warga asing serta seorang mak nyah berusia lingkungan 20 hingga 30-an disyaki bekerja sebagai tukang urut.

Menurutnya, semakan mendapati seorang wanita tersebut adalah warganegara China, manakala selebihnya membabitkan warganegara Thailand.

"Dalam serbuan pertama, polis menahan lima wanita, manakala serbuan di premis kedua membawa tangkapan enam wanita serta seorang mak nyah.

"Serbuan ini masing-masing membawa tangkapan seorang penjaga selain rampasan pelbagai barang seperti tuala, minyak urut, jadual kerja serta tisu," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Keadaan pusat refleksologi yang menawarkan wanita warga asing sebagai tukang urut selepas diserbu polis. - Foto Ihsan Polis
Keadaan pusat refleksologi yang menawarkan wanita warga asing sebagai tukang urut selepas diserbu polis. - Foto Ihsan Polis

Beliau berkata, siasatan mendapati premis ini dipercayai telah beroperasi sejak setahun lalu.

Artikel Berkaitan:

"Dipercayai khidmat 'urutan' yang ditawarkan premis berharga RM80 sehingga RM150 bergantung kepada pakej yang diberikan.

"Kesemua yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 55B Akta Imigresen dan Seksyen 39B Akta Imigresen dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

Dalam operasi yang berlainan, pada jam 1.45 petang semalam, D7 Selangor turut menggempur empat buah premis di Banting, di sini, yang disyaki menjalankan aktiviti loteri haram.

"Seramai empat warga tempatan termasuk dua wanita berusia merupakan penjaga premis ditahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya.