Sultan Johor bayar zakat RM5 juta

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar membacakan lafaz akad zakat pada majlis ringkas di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini. - Foto ROYAL PRESS OFFICE
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar membacakan lafaz akad zakat pada majlis ringkas di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini. - Foto ROYAL PRESS OFFICE
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan membayar zakat sebanyak RM5 juta bagi tahun 2019.

Pembayaran zakat tersebut diadakan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Istana Pasir Pelangi, di sini hari ini.

Majlis tersebut dikongsi dalam posting menerusi Facebook rasminya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebentar tadi.

Memetik posting tersebut, baginda Tuanku berkenan menyampaikan cek pembayaran zakat kepada Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Datuk Nooh Gadot.

Turut hadir menyaksikan pembayaran zakat tersebut adalah Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Selain itu, pada majlis sama, Sultan Johor turut berkenan mewakafkan tanah seluas 1024.487 meter persegi bagi tujuan Wakaf Surau Dan Kebajikan Agama Islam, Mukim Jemaluang, Mersing.

Artikel Berkaitan: