Armada tawar jadi orang tengah tangani kemelut air di Kelantan

Asran (tengah) menyatakan tawaran Armada Bersatu Kelantan sebagai orang tengah antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan berhubung masalah air di negeri ini.
Asran (tengah) menyatakan tawaran Armada Bersatu Kelantan sebagai orang tengah antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan berhubung masalah air di negeri ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Armada Bersatu Kelantan menawarkan diri sebagai orang tengah antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan dalam menyelesaikan masalah bekalan air di negeri ini.

Ketuanya, Asran Alias berkata, mereka sedia menjadi perunding dengan Kerajaan Persekutuan supaya masalah yang membelenggu rakyat Kelantan dapat diselesaikan dengan segera.

"Ini kerana kemelut bekalan air semakin kritikal dan pihaknya tidak yakin dengan kemampuan kerajaan negeri memandangkan ia berlanjutan hampir 30 tahun.

“Kita terima banyak rungutan daripada penduduk terutama di kawasan kritikal iaitu Machang, Tumpat dan Pasir Puteh. Bukan itu sahaja, Ketereh dan Bachok juga menunjukkan berlakunya masalah yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Berbuka Puasa bersama 30 pemimpin Armada Bersatu Kelantan di Kubang Kerian di sini.

Asran berkata, pihaknya sedia menjadi perunding dan memberi khidmat secara percuma demi kemudahan rakyat lebih-lebih lagi menjelang Syawal ini.

Bagaimanapun beliau berkata, ini adalah kenyataan julung kali dikeluarkan malah mereka belum merujuk dengan mana-mana Exco kerajaan negeri berhubung isu tersebut.

Artikel Berkaitan: