Aktiviti seismik Hakone meningkat

Gunung berapi Hakone dekat Tokyo.
A
A

TOKYO - Jabatan Meteorologi Jepun hari ini menaikkan tahap amaran gunung berapi Hakone selepas peningkatan aktiviti seismik di kawasan peranginan popular berhampiran Tokyo tersebut.

Agensi tersebut meningkatkan skala amaran itu daripada satu kepada dua buat pertama kali sejak 2015 dan turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menghampiri kawah gunung berapi itu.

“Keputusan itu dibuat selepas jumlah aktiviti vulkanik telah meningkat kepada 45 semalam berbanding sifar sehari sebelum itu,” jelas agensi itu dalam satu kenyataan.

Ia turut memberi amaran tentang runtuhan batu vulkanik besar di sekitar kawah di lembah Owakudani yang terletak 80 kilometer di barat daya Tokyo yang boleh mengundang bahaya. - Agensi