Nurul Izzah letak jawatan Naib Presiden PKR

x-default
x-default
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar membuat pengumuman mengejutkan meletak jawatan Naib Presiden PKR.

Anak kepada Presiden PKR itu juga melepaskan jawatan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan kepada media hari ini, Nurul Izzah mengesahkan perkara ini dan menegaskan beliau akan mengekalkan jawatan sebagai Ahli Parlimen sehingga pemilihan seterusnya diadakan.

"Satu-satunya kekesalan saya ialah, pengumuman ini sepatutnya dibuat lebih awal, tetapi ia bukan mudah.

"Perkembangan politik berlaku dengan pantas sejak sembilan bulan terakhir ini dengan pemilihan parti menyusul selepas kempen pilihan raya umum yang melelahkan," katanya.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: