Bubur lambuk air tangan Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kanan) dibantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun ketika menyediakan bubur lambuk resepi istimewa baginda pada Program Bubur Lambuk Perdana Masjid-Masjid di Wilayah Persekutuan anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI) di Masjid Jamek Kampung Baru hari ini.- FOTO BERNAMA

A
A
A

KUALA LUMPUR - Kelincahan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah 'beraksi' memasak bubur lambuk resepi istimewa baginda di Masjid Jamek, Kampung Baru dekat sini menarik perhatian anggota kariah dan orang ramai di sekitar kawasan itu.

Rata-rata mereka begitu teruja apabila dapat melihat sendiri kehadiran Tunku Azizah yang terkenal dengan hobi memasaknya, apabila baginda tidak kekok menyingsing lengan baju menyediakan sendiri dua kawah bubur lambuk ayam dan daging, antara makanan tradisi setiap kali menjelang Ramadan itu.

"Makcik pertama kali tengok Raja Permaisuri masak, selalu dengar cerita dan tengok kat televisyen Tuanku pandai masak, ini tengok sendiri memang rasa gembira lah, memang nampak kehandalan Tuanku masak, tak sabar nak rasa air tangan Tuanku," kata Siti Wahab, 65, anggota kariah di Masjid Kampung Baru selama 10 tahun.

Melalui Program Bubur Lambuk Perdana Masjid-Masjid di Wilayah Persekutuan anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI) itu, bubur lambuk berkenaan kemudiannya dibungkus kepada 1,000 bungkusan, dimana Tunku Azizah turut berkenan mengedarkannya sendiri kepada wakil masjid daripada tujuh zon di Wilayah Persekutuan.

Reaksi ceria Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika menyediakan bahan-bahan untuk bubur lambuk resepi istimewa baginda pada Program Bubur Lambuk Perdana Masjid-Masjid di Wilayah Persekutuan 2019 anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Masjid Jamek Kampung Baru hari ini.- FOTO BERNAMA

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail berkata, dua kawah bubur lambuk yang dimasak oleh Tunku Azizah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 71 buah kawah bubur lambuk termasuk satu penyertaan daripada Persatuan Anak Melayu Johor yang dimasak secara gotong-royong melalui program berkenaan. "Ia dianggarkan boleh dibungkus kepada 13,600 bungkusan," katanya ketika ditemui pemberita.

Jelasnya program yang pertama kali dianjurkan secara bersama antara masjid-masjid di Wilayah Persekutuan itu turut mendapat kerjasama antaranya Istana Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ).

"Tahun ini JAWI ambil inisiatif untuk melibatkan masjid-masjid di Wilayah Persekutuan secara bersama dalam acara perdana ini. Program ini bertambah seri dengan keberangkatan Raja Permaisuri Agong," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Ajib berkata pihaknya turut berharap agar program itu menimbulkan perasaan peka dan prihatin terhadap masyarakat kurang berkemampuan untuk berbuka puasa selaras dengan konsep rahmah yang dibawa oleh kerajaan.

Turut hadir pada program itu ialah Anggota Parlimen Titiwangsa yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Seri Syed Hussien Abd Kadir. - Bernama