Warga Thailand ditahan curi dua seluar di pasar raya

Kawasan rak seluar jeans dalam pasar raya berkenaan.
Kawasan rak seluar jeans dalam pasar raya berkenaan.
A
A
A

KULIM - Seorang warga Thailand yang mencuri sehelai seluar jeans dan seluar sekolah menengah di sebuah pasar raya di Taman Semarak di sini, ditahan polis, semalam.

Difahamkan, lelaki berusia 20 tahun itu dipercayai mencuri dua pakaian berkenaan untuk memakainya pada Hari Raya Aidilfitri.

Pemangku Ketua Polis daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Nor berkata, dalam kejadian 3.40 petang itu, suspek masuk ke dalam premis berkenaan dan meminta tolong seorang pekerja pasar raya menunjukkan kawasan rak seluar jeans.

"Kemudian lelaki itu meminta tolong pekerja berkenaan menunjukkan bilik persalinan pakaian.Tidak lama kemudian suspek dalam keadaan mencurigakan masuk pula ke dalam tandas.

"Ketika keluar dari tandas, pekerja pasaraya melihat suspek memakai seluar jeans berkenaan sambil membawa sehelai lagi seluar sekolah menengah yang diletakkan dalam beg galas berwarna hitam," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua seluar berkenaan berharga RM36.99 dan RM32.07.

"Suspek ditahan anggota Ibu Pejabat Polis (IPD) Kulim pada jam 4.30 petang di tempat kejadian.

"Hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu belum mempunyai rekod jenayah dan mempunyai pasport dan pas lawatan sosial," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.