Caj hospital swasta perlu sesuai dengan kos sara hidup

Gambar hiasan sumber Internet
Gambar hiasan sumber Internet
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kos sara hidup yang semakin tinggi bukan alasan kepada pihak hospital swasta menaikkan kadar caj perubatan sehingga ke peringkat maksimum.

Presiden Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim), Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata, kenaikan kadar caj perubatan masa kini terkesan daripada peningkatan kos sara hidup, namun beliau berpendapat caj dikenakan boleh dirunding agar tidak membebankan pesakit atau pemilik insurans perubatan.

"Pihak hospital swasta perlu berbincang dengan syarikat insurans, agar caj perkhidmatan diberikan tidak membebankan rakyat khususnya pesakit yang menggunakan insurans bagi pembiayaian rawatan.

Pihak terbabit perlu faham, kerajaan kini sedang berusaha memperbaiki kos sara hidup rakyat, jadi kadar caj rawatan pihak hospital swasta perlu bersesuaian. Syarikat insurans pula perlu melihat semula kadar premium insurans masing-masing. Saya percaya dengan menawarkan harga berpatutan, pihak hospital masih boleh mendapat keuntungan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Media tempatan sebelum ini, melaporkan kadar caj perubatan di hospital swasta terus meningkat beberapa tahun kebelakangan ini, sehingga mencetuskan kebimbangan rakyat terutamanya pencarum insurans perubatan dan hayat.

Dr Ahmad Shukri menyarankan doktor pakar yang terlibat turut mempertimbangkan kos rawatan yang diberikan bagi membantu meringankan beban pesakit dan keluarga.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr ohamedd Namazie Ibrahim berkata, setakat ini tiada kawalan harga untuk caj hospital swasta, tidak seperti bayaran profesional doktor yang dikawal.

Menurut beliau terdapat peruntukan dalam Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (1998) untuk Menteri Kesihatan mengawal caj hospital tetapi ini tidak dilakukan kerana sukar mengawal harga disebabkan pelbagai faktor seperti penjagaan kesihatan sememangnya memerlukan pelaburan yang tinggi dan guna tenaga yang intensif selain daripada pelbagai kadar tukaran mata wang.

Artikel Berkaitan:

“Kebanyakan daripada ubat tanpa preskripsi adalah diimport. Caj hospital tidak termasuk bayaran doktor sentiasa meningkat,” katanya.

Dr Mohamed Namazie juga mencadangkan kepada industri insurans supaya melibatkan diri dalam hal ini memainkan peranan sebagai semak dan imbang dan memastikan caj dikenakan adalah berpatutan.

Insurans kesihatan swasta adalah masih baharu di Malaysia dan industri ini masih lagi berada di keluk pembelajaran. - Bernama