Polis buru suspek ketiga kes tembak di Miri

No Image Caption
A
A
A

MIRI - Polis kini sedang memburu suspek ketiga kes berbalas tembakan di Taman Jelita semalam, yang dikenali sebagai Ng Cheng Pui@Pui Kaw.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, alamat suspek yang berumur 37 tahun itu ialah di Lot 411, Pujut Padang Kerbau di sini dan menyifatkan suspek sebagai berbahaya.

"Suspek sangat berbahaya kerana memiliki senjata api, orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi 010-5937779 atau 085-433400 dengan segera," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, suspek juga mempunyai kes jenayah lampau iaitu kes rompak.

Dalam kejadian tembak-menembak itu, dua suspek perompak berjaya ditangkap polis namun seorang anggota koperall William Bell Jol, 55, dari Unit Peronda Kereta (MPV) Miri cedera di lengan kiri.

Suspek perompak lelaki berumur 50 tahun turut cedera pada kedua-dua belah kaki semasa kejadian berlaku dan seorang lagi suspek berumur 35 tahun tidak mengalami kecederaan.- Bernama

Artikel Berkaitan: