Kanak-kanak perempuan maut bilik tidur terbakar

Keadaan bilik tidur yang terbakar dan menyebabkan seorang kanak-kanak maut dalam kejadian kebakaran malam tadi.
Keadaan bilik tidur yang terbakar dan menyebabkan seorang kanak-kanak maut dalam kejadian kebakaran malam tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut manakala tiga lagi ahli keluarganya cedera apabila bilik tidur sebuah rumah banglo, di Seksyen 12, di sini, terbakar malam tadi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.17 malam berhubung kejadian terbabit.

Seramai 19 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian di Jalan Panglima 12/2, di sini.

"Kebakaran melibatkan sebuah bilik tidur rumah banglo berkeluasan 25 x 30 kaki persegi.Terdapat empat mangsa yang terperangkap dibawa keluar apabila anggota bomba tiba.

"Kesemua mangsa cedera dihantar ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut. Seorang daripadanya dilapor meninggal dunia di hospital," katanya.

AKAN MENYUSUL.

Artikel Berkaitan: