Dua pencuci tingkap berdepan detik cemas akibat angin kencang

Dua pencuci tingkap yang berada di puncak Menara Devon setinggi 50 tingkat berdepan detik cemas.
Dua pencuci tingkap yang berada di puncak Menara Devon setinggi 50 tingkat berdepan detik cemas.
A
A
A
OKLAHOMA - Dua tukang cuci tingkap sebuah bangunan pencakar langit di bandar Oklahoma berdepan detik cemas apabila platform digunakan untuk melakukan kerja pembersihan digoyang angin kencang.

Dalam kejadian mengerikan di Menara Devon semalam, dua pencuci tingkap yang berada di puncak menara setinggi 50 tingkat itu berdepan detik cemas apabila angin kencang menyebabkan platform di mana mereka berdiri berbuai dengan laju.

Angin kencang turut menyebabkan platform terbabit bergerak laju lalu mengenai bahagian kaca menara terbabit.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba Oklahoma di laman Twitter, kedua-dua pekerja berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan dalam masa satu jam.

Sementara itu, jurucakap jabatan bomba, David Macy turut memaklumkan pihak penyelamat yang tiba di lokasi kejadian bertindak membaling tali kepada kedua-dua pekerja terbabit dalam usaha menstabilkan platform tersebut.

"Kami berjaya menstabilkan platform berkenaan dan memastikan ia tidak terus bergerak," kata Macy.

Dalam pada itu, pihak berkuasa turut menutup kawasan berhampiran lokasi kejadian bagi membolehkan kerja pembersihan dijalankan dan mengelak sebarang kejadian tidak diingini. - ABC NEWS

Artikel Berkaitan: