X

Kindly register in order to view this article
!

Sumbangan Matron Fadzilah diiktiraf

Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali (tengah) menyampaikan Anugerah Tun Dr Siti Hasmah Yayasan Aids Malaysia 2018 kepada Matron Fadzilah Abdul Hamid (kanan) pada Majlis AIDS Gala Dinner dan Anugerah Tun Dr Siti Hasmah hari ini. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Sumbangan Matron Fadzilah Abdul Hamid dalam membantu 'mengakhiri' Aids di negara ini mendapat pengiktirafan Yayasan Aids Malaysia apabila dianugerahkan Anugerah Tun Dr Siti Hasmah sempena Malam Gala Anugerah isteri Perdana Menteri 2018, yang berlangsung di sebuah hotel, malam ini.

Dengan penganugerahan itu Matron Fadzilah, 68, menerima sebuah trofi , sijil kecemerlangan dan wang tunai sebanyak RM10,000 yang diserahkan oleh Tun Dr Siti Hasmah.

Pengerusi Yayasan Aids Malaysia, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berharap dengan penganugerahan itu dapat memberi inspirasi kepada masyarakat luar agar tidak menyisihkan penghidap HIV.

"Kami berharap Matron Fadzilah menjadi inspirasi dan simbol keberanian rakyat Malaysia untuk bersama-sama memantapkan perjalanan kami menamatkan Aids menjelang 2030," kata Adeeba.

Matron Fadzilah bekerja sebagai jururawat selama tiga puluh tahun dan membantu membuka dan menguruskan Rumah Solehah, sebuah rumah perlindungan ditubuhkan Persatuan Perubatan Islam Malaysia dengan sokongan Kementerian Kesihatan yang bertujuan membantu wanita positif HIV.

Rumah Solehah ini dibina di atas tanah Matron Fadzilah sendiri dan diusahakan sepenuh keringat beliau selama lebih dari dua dekad.

Hari ini beliau telah membantu lebih daripada 400 wanita dan kanak-kanak yang hidup dengan HIV.

Lebih daripada 500 hadirin daripada tokoh-tokoh korporat dan industri tempatan dan antarabangsa hadir menyokong malam anugerah tersebut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!