Rozman dilantik semula penaung Persatuan Penggiat Media Labuan

Rozman Isli
Rozman Isli
A
A
A

LABUAN - Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dilantik semula sebagai Penaung Persatuan Penggiat Media Labuan yang baharu berkuat kuasa serta-merta.

Beliau menggantikan Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Seri Amir Hussein berikutan pembubaran anggota jawatankuasa persatuan itu dalam mesyuarat agung tahunannya Selasa lepas.

Rozman merupakan penaung persatuan itu selama empat tahun sebelum melepaskan jawatan itu selepas pilihan raya umum tahun lepas.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pengamal media di sini kerana mempercayai beliau dalam menyediakan input dan nasihat ke arah persatuan media yang boleh dipercayai. - Bernama

Artikel Berkaitan: