Pelumba Cub Prix maut kemalangan

Klip video menunjukkan Md Hafiz terlibat kemalangan ketika perlumbaan CP150 akhir Kejuaraan Petronas AAM Malaysia Cub Prix Pusingan Ke-10 di Dataran Bandar Penawar, Kota Tinggi, hari ini.
Klip video menunjukkan Md Hafiz terlibat kemalangan ketika perlumbaan CP150 akhir Kejuaraan Petronas AAM Malaysia Cub Prix Pusingan Ke-10 di Dataran Bandar Penawar, Kota Tinggi, hari ini.
A
A
A

PELUMBA Petronas Sprinta Yamaha-CKJ, Mohd Hafiz Nor Azman terbabit dalam kemalangan ketika perlumbaan CP150 akhir Kejuaraan Petronas AAM Malaysia Cub Prix Pusingan Ke-10 Musim 2018 di Dataran Bandar Penawar, Kota Tinggi, petang tadi.

Difahamkan, mangsa yang berusia 22 tahun dan berasal dari Simpang Pulai, Ipoh, Perak itu meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi.

Terdahulu, tular klip berdurasi 40 saat yang memaparkan kemalangan bermula dengan rakan sepasukannya dari Terengganu, Ahmad Afif Amran melanggar papan penghadang iklan litar dan disusuli oleh Md Hafiz.

Pelumba berbakat itu antara peserta yang mencuri tumpuan dalam pusingan terakhir kejuaraan berkenaan malah menyasarkan mahu terus mengekalkan kedudukan selaku pelumba ketiga terbaik keseluruhan bagi kelas perdana CP150.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan laporan polis telah dibuat pada jam 6.30 petang tadi.

Artikel Berkaitan: