Lagu K-Pop, boleh turunkan berat badan?

 Paparan Instagram Shahrizuan
Paparan Instagram Shahrizuan
A
A
A

MINAT mendalam kepada dunia Korea Pop (K-Pop) membolehkan seorang lelaki berjaya menurunkan berat badan sebanyak 40kg setelah mengikut rentak lagu K-Pop bertajuk Fine nyanyian Taeyeon.

Dari berat asal 154kg, Shahrizuan Hamzan berjaya memperoleh 116kg dengan menari setiap hari dan mengamalkan diet sihat.

Cabaran itu bermula pada September 2018 dan kini masih meneruskan bagi mendapatkan berat badan ideal.

Shahrizuan juga memuat naik beberapa video menarinya di Twitter dan Instagram hingga tular di media sosial.

Katanya, dia berhasrat untuk menurunkan berat badan kerana berasa sakit pada kaki dan tidak mahu kekal berbadan besar sehingga tua.

Dia akan menari mengikut rentak lagu K-Pop di dalam bilik dan menutup kipas bagi mengeluarkan peluh.

Ternyata tindakan itu berjaya mengurangkan berat badannya malah turut berkongsi tips makanan setiap hari termasuk mengurangkan pengambilan gula dalam makanan, mengambil protein yang lebih berbanding karbohidrat serta perbanyakkan minum air kosong.

Bukan itu sahaja, Shahrizuan turut membuat cabaran selama 30 Ramadan dan menyenaraikan lagu-lagu K-Pop kegemarannya untuk menari.

Artikel Berkaitan:

Sehingga kini, videonya berjaya meraih 360,000 tontonan dan rata-rata warganet teruja dek perubahan dirinya.

Netizen, Iena beranggapan usaha Shahrizuan mampu memberi inspirasi kepada orang ramai yang mahu mengamalkan gaya hidup sihat.

"Sangat berinspirasi, semoga berjaya bro," katanya.

Dalam hantaran sama, dilaGenius, menzahirkan ucapan tahniah kepada Shahrizuan kerana berjaya menurunkan badan beberapa kilogram dalam tempoh kurang 10 bulan.

"Semoga berjaya, netizen kena bagi sokongan moral kepada anda," katanya.