Gangguan air: Status selenggara, ganti aset LRA Sg Langat siap 72 peratus

Kerja penyelenggaraan dan penggantian aset LRA Sg Langat sedang giat dilakukan. - Foto Air Selangor
Kerja penyelenggaraan dan penggantian aset LRA Sg Langat sedang giat dilakukan. - Foto Air Selangor
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) meneruskan kerja penyelenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sg Langat mengikut jadual ditetapkan pada Selasa.

Air Selangor memaklumkan, kerja berkenaan telah dimulakan jam 9 pagi dan dijangka selesai 7 malam hari sama sebelum bekalan air mula disalurkan secara berperingkat setelah sistem distabilkan.

Menurutnya, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya selewat-lewatnya jam 12 tengah hari, Khamis ini.

"Air Selangor telah menggerakkan lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan ke premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

"Bagi pelanggan komersil pula, bekalan air terawat boleh dibeli kaunter khidmat pelanggan di seluruh wilayah Air Selangor.

"Bagi tujuan ini, pelanggan komersil boleh menggunakan lori tangki masing-masing di dua stesen pengisian air yang akan di buka di Sunway Batu Caves dan Selayang Mutiara," menurut kenyataan Air Selangor pada Selasa.

Kerja penyelenggaraan dan penggantian aset LRA Sg Langat sedang giat dilakukan. - Foto Air Selangor
Kerja penyelenggaraan dan penggantian aset LRA Sg Langat sedang giat dilakukan. - Foto Air Selangor

Air Selangor sebelum ini memaklumkan wilayah Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat berdepan gangguan bekalan air berjadual susulan kerja penyelenggaraan dan penggantian aset LRA Sg Langat.

Artikel Berkaitan:

Pada perkembangan sama, Air Selangor berkata, setakat jam 3.30 petang ini, pelaksanaan kerja telah mencapai tahap 72 peratus dan dijangka siap mengikut jadual ditetapkan.

"Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dari saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari www.airselangor.com, " ujar Air Selangor.