Skuasy dalam senarai Sukan Olimpik Los Angeles 2028

Sukan Olimpik edisi 2028 bakal berlangsung di Los Angeles. - Foto Agensi
Sukan Olimpik edisi 2028 bakal berlangsung di Los Angeles. - Foto Agensi
A
A
A

TUAN rumah Sukan Olimpik Los Angeles 2028 bercadang menyenaraikan sukan kriket, flag football, lacrosse, skuasy dan besbol-sofbol pada temasya itu yang dijadualkan berlangsung lima tahun lagi.

Bagaimanapun, cadangan penganjur itu tertakluk kepada kelulusan akhir oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang akan mengadakan sesi di Mumbai, India penghujung bulan ini.

Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Los Angeles 2028 (LA28), Kathy Carter dalam satu kenyataan pada Isnin.

“Dalam membina program sukan Olimpik, kami bersedia untuk mencabar status quo dan berfikir secara berbeza mengenai perkara yang mungkin untuk Sukan di Los Angeles.

“Kami tampil dengan cadangan yang berani dan seimbang agar dapat memberi tenaga kepada temasya ini dengan persaingan yang relevan dari segi budaya serta sebarang kemungkinan tanpa had,” ujar Carter.

Los Angeles Times pula melaporkan cadangan memasukkan sukan tersebut pada temasya berkenaan mungkin dapat kelulusan.

Daripada lima sukan tersebut, tiga tidak pernah dipertandingkan dalam program Olimpik.

Sekiranya diluluskan sukan flag football, skuasy dan lacrosse akan membuat penampilan sulung pada temasya Olimpik.

Artikel Berkaitan: