Pencemaran bau: Tiga LRA dihenti tugas sementara

Air Selangor henti tugas sementara tiga LRA berikutan insiden pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor pada Selasa.
Air Selangor henti tugas sementara tiga LRA berikutan insiden pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan tiga Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas sementara berikutan insiden pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor pada Selasa.

Air Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, loji terlibat ialah Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3).

Kenyataan itu memberitahu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang bekerjasama dengan Air Selangor bagi mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Selangor.

"Senarai kawasan-kawasan yang dijangka terkesan akan dimaklumkan kelak.

Info grafik mengenai henti tugas sementara di tiga LRA berikutan insiden pencemaran bau yang dikesan di Sungai Selangor pada Selasa.
Info grafik mengenai henti tugas sementara di tiga LRA berikutan insiden pencemaran bau yang dikesan di Sungai Selangor pada Selasa.

"Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna terjejas," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada awal pagi Selasa.

Sinar Harian pada 26 September lalu melaporkan, Air Selangor akan melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di LRA Sungai Langat bermula pada Selasa.

Air Selangor dalam kenyataannya memberitahu, pelaksanaan kerja-kerja itu menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di Wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat bermula jam 9 pagi ini.

Artikel Berkaitan: