Polis temui petunjuk baharu kes kehilangan ketua jururawat

Siti Kharina Mohd Kamarudin
Siti Kharina Mohd Kamarudin
A
A
A

SUNGAI BULOH - [DIKEMASKINI] Polis menemui petunjuk baharu berhubung kes kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, yang dilaporkan hilang, sejak seminggu lalu.

Tanpa mendedahkan petunjuk baharu berkenaan, Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata kes berkenaan masih dalam siasatan.

“Ya, kami memang ada temui petunjuk baharu kes ini (kes kehilangan Siti Kharina) tetapi saya tidak akan dedahkannya kerana ia boleh menganggu siasatan kes ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program rondaan cegah jenayah di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh, di sini.

Semalam, pihak pengurusan Hospital Serdang mengesahkan Siti Kharina yang dilaporkan hilang sebelum ini, dilihat kali terakhir di kawasan tempat letak kenderaan hospital itu pada Rabu lepas.

Siti Kharina dilihat memandu kereta Honda City berwarna putih.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk membantu mengesan Siti Kharina digesa agar menghubungi polis atau adik Siti Kharina, Siti Khairani Mohd Kamaruddin di talian 012-2587764. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Hospital Serdang sahkan Siti Kharina tidak hadir bertugas

Siti Kharina masih belum pulang setelah lima hari hilang

Ketua jururawat hilang: Kakak patut balik kampung tapi...

Kertas siasatan kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang dibuka

Artikel Berkaitan: