Sedap jamu selera, tapi keadaan dapur meloyakan!

Keadaan barang simpanan bahan mentah dalam keadaan tidak terurus serta bahan masakan yang diletakkan berhampiran tong sampah.
Keadaan barang simpanan bahan mentah dalam keadaan tidak terurus serta bahan masakan yang diletakkan berhampiran tong sampah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pekedai hanya pentingkan keuntungan tanpa mengendahkan aspek kebersihan makanan kepada pelanggan.

Terbaharu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendedahkan operasi pemeriksaan kebersihan premis makanan menemukan keadaan dapur kedai dalam keadaan tidak bersih dan meloyakan.

DBKL memaklumkan, pemeriksaan tersebut dijalankan di sekitar kawasan Kampung Baru (Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Alang, Jalan Raja Abdullah, Jalan Abdul Malek), Jalan Pahang, Jalan Lumut dan Jalan Hj Eusoff.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati sebanyak sembilan daripada 25 premis diperiksa diarah tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan 28(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016.

"Selain itu sebanyak 30 kompaun dikeluarkan di bawah undang-undang kecil yang sama.

"Pelbagai kesalahan dikesan seperti tiada lesen penempatan makanan, tiada suntikan tifoid dan kursus pengendali makanan," katanya menerusi kenyataan.

Katanya, pemeriksaan juga mendapati lantai dan dinding dapur dalam kotor serta jubin rosak selain bahan makanan ditempatkan di atas lantai.

"Terdapat peniaga turut dikesan tidak memasang dan menyelenggara alat perangkap minyak, ada yang membuat penyediaan makanan di atas lantai dan di luar premis serta terdapat hurungan haiwan perosak di petempatan makanan.

Artikel Berkaitan:

"Pemilik premis makanan dingatkan untuk menjaga kebersihan agar dapat menghindari daripada penyakit dan masalah kesihatan," katanya.