Kemenangan di Pelangai pengiktirafan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Kemenangan gabungan Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai menunjukkan rakyat semakin yakin dengan Kerajaan Perpaduan sebagai wadah terbaik untuk memajukan dan memakmurkan negara.

Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari turut mengucapkan penghargaan kepada semua pihak termasuk warga Pelangai yang memberikan sokongan.

“Alhamdulillah warga Pelangai memberi sokongan begitu hebat kepada calon Perpaduan, Datuk Amizar Abu Adam yang dipilih sebagai wakil rakyat dalam PRK yang berlangsung hari ini.

“Ini adalah pengiktirafan bahawa rakyat semakin yakin dengan Kerajaan Perpaduan sebagai wadah terbaik untuk memajukan dan memakmurkan negara kita Malaysia.

“Terima kasih kepada seluruh pasukan petugas pilihan raya dan keselamatan yang memastikan proses ini yang bermula dua minggu lalu berjalan dengan sungguh lancar,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Pada Sabtu, BN berjaya mempertahankan kerusi DUN Pelangai apabila Amizar memperoleh 7,324 undi, sekali gus menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat yang memperoleh 4,375 undi manakala calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli mendapat 47 undi.

Artikel Berkaitan: