Negara Arab gesa Israel-Hamas 'bertenang'

Pasukan tentera simpanan Israel dibawa menaiki jip menuju ke pangkalan di selatan Tel Aviv pada Sabtu. - Foto AFP
Pasukan tentera simpanan Israel dibawa menaiki jip menuju ke pangkalan di selatan Tel Aviv pada Sabtu. - Foto AFP
A
A
A

KAHERAH - Negara Arab menggesa Israel dan Hamas supaya bertenang untuk meredakan konflik terbaharu itu ketika negara Barat melemparkan kritikan terhadap tindakan berani mati gerakan Hamas kerana mencetuskan peperangan dengan Israel.

Kementerian Luar Mesir dalam satu kenyataan memberi amaran tentang impak dahsyat yang bakal dihadapi rantau itu jika ketegangan tersebut berterusan.

Sebelum ini, Kaherah merupakan perantara utama dalam konflik Israel-Palestin.

Gesaan sama turut dibuat Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang menyarankan kedua-dua belah pihak supaya bertindak secara munasabah.

"Mereka perlu menjauhi langkah impulsif yang boleh memburukkan lagi konflik tersebut," tegasnya yang turut menyokong kuat perjuangan Palestin.

Sementara itu, Kementerian Luar Arab Saudi juga senada dengan negara Arab lain.

Ia menggesa kedua-dua pihak bertelagah supaya melindungi orang awam dan 'mengawal diri'.

"Kami mengulangi amaran tentang bahaya ketegangan yang semakin memuncak berpunca daripada pendudukan berterusan dan penindasan hak penduduk Palestin," ujarnya. - AFP

Artikel Berkaitan: