'Ini bukan sebarang operasi, ini peperangan' - Netanyahu

Pejuang pembebasan Al-Quds dan Briged Al-Qassam Hamas mengisytiharkan serangan balas terhadap pencerobohan rejim Israel di Palestin. (Kanan: Netanyahu dalam satu ucapan kepada rakyat Israel menggambarkan serangan terhadap negaranya adalah bermotifkan peperangan. - Gambar fail Awani)

A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam satu ucapan kepada rakyatnya memberi gambaran serangan terhadap negaranya adalah bermotifkan peperangan.

Memetik laporan Jerusalem Post pada Sabtu, Netanyahu berkata, "ini bukan sebarang operasi, ini ialah peperangan."

Pada awal Sabtu, pejuang pembebasan Al-Quds dan Briged Al-Qassam Hamas mengisytiharkan serangan balas terhadap rejim Israel di Palestin.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Angkatan Tentera Penentang dan Briged Al-Qassam, Muhammad Al-Deif berkata Israel tidak mengendahkan amaran yang telah diberikan, sehingga mencemar kesucian Masjid Al-Aqsa dan membunuh ratusan warga Palestin.

ARTIKEL BERKAITAN:Hamas isytihar serangan terbesar, bedil 5,000 peluru berpandu ke atas Israel

ARTIKEL BERKAITAN: 6 terbunuh, ratusan tercedera dalam serangan balas Hamas, Al-Qassam ke atas Israel

ARTIKEL BERKAITAN: Hamas isytihar perang mengejut

Artikel Berkaitan: