Huzir, Mohd Zakaria isi jawatan pengarah JSJ, JSJK

PDRM
PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran pegawai kanannya berkuat kuasa pada 17 Jun depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran terbabit didahului Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Menurutnya, Huzir dilantik menjadi Pengarah JSJ yang baharu.

"Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad pula dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Artikel Berkaitan: