Pendatang baharu mampu cabar gelaran NSL 2023

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (belakang, lima dari kiri) bersama Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM), Alwiyah Talib; (belakang, empat dari kiri), Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John (belakang, dua dari kanan) dan Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin (belakang, tiga dari kiri) serta barisan pemain dan penaja pada majlis pelancaran NSL 2023 di Kuala Lumpur pada 2 Oktober lalu.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (belakang, lima dari kiri) bersama Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM), Alwiyah Talib; (belakang, empat dari kiri), Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John (belakang, dua dari kanan) dan Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin (belakang, tiga dari kiri) serta barisan pemain dan penaja pada majlis pelancaran NSL 2023 di Kuala Lumpur pada 2 Oktober lalu.
A
A
A

ASSALAMUALAIKUM. Salam sejahtera dan salam bola jaring kepada semua pencinta tegar sukan ini di seluruh pelosok Malaysia tercinta.

Ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan dan menanti kehebatan persaingan yang bakal disajikan Liga Super Bola Jaring (NSL) musim ini.

Saya sendiri agak teruja untuk menantikan kejutan dan aksi NSL kali ini kerana dengan kemasukan dua pasukan baharu selain kehadiran pemain import dari luar negara.

Dalam dua edisi NSL yang lepas iaitu 2021 dan 2022, kita sudah mengetahui kehebatan pasukan Kedah Sunshine dan Melaka Mystics.

Tetapi ia tidak cukup untuk menggugat kehebatan enam pasukan lain menyebabkan kedua-dua pasukan itu berada di kedudukan terbawah dan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada gelanggang NSL.

Dalam pada itu, kemunculan Terengganu Marvels dan Putrajaya Dynamite dibarisi ramai bintang serta perpindahan pemain utama dijangka memberi impak besar terhadap corak permainan setiap pasukan musim ini.

Menarik bagi saya untuk menyingkap barisan pemain kedua-dua pasukan baharu itu musim ini.

Artikel Berkaitan:

Erna Achbar
Erna Achbar

Terengganu Marvels membariskan pemain bintang, antaranya Noramirah Dayana Noor Azhar (KL Wildcats) serta duo Selangor Angels - Nur Firra Syuhada Hasrin dan Siti Aminah Ahmad.

Kehadiran dua pemain import dari Thailand, Sirima Samnaree yang mewakili Johor Jewels musim lepas dan Arirak Ampharat bakal menambahkah lagi keampuhan Terengganu Marvels.

Putrajaya Dynamite turut menarik perhatian apabila hampir 30 peratus pemain bintang daripada KL Wildcats beralih menyarung jersi pasukan itu.

Antaranya Pemain Paling Berharga (MVP) NSL 2022, Nordiyana Noor Sabadinee selain Puteri Intan Balqis Ahmad Dzulkefli, Nur Amisya Khairuddin dan seorang pemain import, Samantha Kathleen Burrows dari Australia.Turut memperkuat Putrajaya Dynamite, penjaring terbanyak NSL 2022, Siti Maisarah Affandi yang berhijrah dari Pahang Tulips dan bekas pemain kebangsaan, Yap Suo Kuen.

Jadi saya pasti peminat setia bola jaring tempatan tidak sabar menantikan aksi sulung NSL 2023 yang mendapat kerjasama Sinar Harian selaku media rasmi pada 13 Oktober.

Teruskan menyokong sukan tanah air kita. Jangan lupa temu janji kita setiap hujung minggu anda. Ikuti laporan semasa NSL 2023 di semua platform media sosial dan akhbar Sinar Harian.

* Erna Achbar, Tetamu pakar NSL 2023 dan pengadil bola jaring Malaysia