Sila log masuk terlebih dahulu.

Wakaf serendah RM1 boleh danai projek jutaan ringgit

06 Oktober 2023 | Video Shorts
A
A
A
Dana yang banyak diperlukan untuk membiayai projek-projek besar bernilai hampir RM200 juta seliaan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) demi manfaat penduduk negeri ini seperti Wakaf Centre, Wisdom City di Seksyen 7 Shah Alam, stesen minyak di Bangi dan lain-lain, justeru syarikat-syarikat korporat dan orang ramai diseru berwakaf melalui PWS.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS, Ustaz Anuar Hamzah Tohar berkata, wakaf serendah RM1 melalui potongan gaji boleh dilakukan kerana jelasnya, walaupun jumlahnya nampak kecil, tapi ia mampu menggerakkan projek-projek bernilai jutaan ringgit.

Beliau berkata demikian dalam program Sinar Live bertajuk 'Kenapa perlu berwakaf?' di semua platform media sosial Sinar Harian.

UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI:

Youtube: https://bitly.ws/Wyhn

Facebook: https://bitly.ws/Wyhe

Twitter: https://bitly.ws/Wyh6

Portal: https://bitly.ws/WygH

#SinarLive

#malaysiaberintegriti

#perkasakansuaramalaysia

#perbadananwakafselangor

#wakafselangor

#wakafmembangunummah