Sambutan ulang tahun ke-9 bermakna

KC Hoe (lima dari kanan) bersama duta CUCKOO, Siti Nurhaliza dan tetamu yang hadir meraikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke - 9 CUCKOO International yang diadakan di Kuching, Sarawak.
KC Hoe (lima dari kanan) bersama duta CUCKOO, Siti Nurhaliza dan tetamu yang hadir meraikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke - 9 CUCKOO International yang diadakan di Kuching, Sarawak.
A
A
A

PENCIPTA Kediaman Sihat terkemuka di Malaysia, CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International) mengadakan sambutan ulang tahun ke-9 dengan meriah di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

CUCKOO International dalam satu kenyataannya berkata, jenama itu meraikan ulang tahunnya di Kuching dan pertama kali diadakan di luar Lembah Klang bertujuan untuk meraikan sokongan positif yang diberi oleh pelanggan dan peminat jenama tersebut di rantau ini.

“Kuching mempunyai pangkalan pelanggan CUCKOO terbesar di Malaysia Timur.

Sambutan itu dihoskan oleh Nabil Ahmad dan menyaksikan duta jenamanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengadakan persembahan menawan kepada orang ramai.

Dari kiri: Ketua Pegawai Operasi CUCKOO International, Toh Seng Lee, KC Hoe dan Ketua Pegawai Pemasaran, Queenie Goh menunjukkan dua produk baharu yang dilancarkan pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke - 9 CUCKOO International yang diadakan di Kuching, Sarawak.
Dari kiri: Ketua Pegawai Operasi CUCKOO International, Toh Seng Lee, KC Hoe dan Ketua Pegawai Pemasaran, Queenie Goh menunjukkan dua produk baharu yang dilancarkan pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke - 9 CUCKOO International yang diadakan di Kuching, Sarawak.

“Sebelum ini, bermula pada bulan Ogos lepas CUCKOO International telah meraikan ulang tahun dengan melancarkan peraduan terbesarnya, Peraduan 'Beli CUCKOO Menang Kondo'dan berakhir dengan sambutan yang besar-besaran di Kuching, Sarawak.

“Sambutan ulang tahun ini dipertingkatkan dengan pelanjutan peraduan dengan nilai hadiah yang lebih besar dan hadiah menarik serta pelancaran dua produk Kediaman Sihat yang berinovasi,” jelas kenyataan itu.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, KC Hoe (Hoe Kian Choon) berkata, CUCKOO International sentiasa memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk hidup dengan lebih sihat dan menerapkan kesejahteraan ke dalam kediaman mereka sentiasa berterusan.

Menurut Kian Choon, acara ulang tahun itu mewakili visi tersebut serta menyerlahkan semangat iBeyond Standards’ jenama itu untuk memenuhi harapan tinggi rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Dari kiri Ketua Pegawai Operasi CUCKOO International, Toh Seng Lee, Ketua Pegawai Pemasaran, Queenie Goh, Siti Nurhaliza dan KC Hoe pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke - 9 CUCKOO International yang diadakan di Kuching, Sarawak.
Dari kiri Ketua Pegawai Operasi CUCKOO International, Toh Seng Lee, Ketua Pegawai Pemasaran, Queenie Goh, Siti Nurhaliza dan KC Hoe pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke - 9 CUCKOO International yang diadakan di Kuching, Sarawak.

“Peraduan sebelum ini menjadi lebih besar kini dan kami terus memperkenalkan produk berinovasi yang mewakili usaha kami untuk #SAMASAMA memberi inspirasi kepada orang ramai menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia,” katanya.

Mengulas lanjut, KC Hoe berkata, CUCKOO International telah menerima maklum balas yang positif sekali gus menyebabkan jenama itu mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh peraduan dengan nilai hadiah lebih besar dan hadiah yang lebih menarik.

“Pelanjutan Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’, dari 1 Oktober 2023 hingga 31 Disember 2023 menawarkan hadiah bernilai RM3 juta meningkat daripada RM2 juta sebelum ini.

“Peraduan itu juga menyaksikan hadiah menarik baharu yang ditawarkan, termasuk 90 hadiah wang tunai sebanyak RM1,500, tiga unit Tesla Model 3, tiga unit proton Saga dan tiga unit Pangsapuri Servis EXSIM D'Terra.

“Cabutan hadiah kini akan diadakan setiap bulan dan bukan setiap dua minggu seperti sebelum ini,” kata KC Hoe.

Dalam usaha untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk menerapkan kesejahteraan dengan lebih baik ke dalam kediaman mereka, CUCKOO International juga telah memperkenalkan dua produk baharu supaya rakyat Malaysia dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat.

“Produk inovasi tersebut termasuk penapis air iaitu Penapis Air CUCKOO GRANDE, model tangki pertama dengan air 100°C yang direka khas untuk rakyat Malaysia.

“Penapis air bukan sahaja berkapasiti padat dengan pelbagai fungsi tetapi ia mempunyai reka bentuk minimalis agar sesuai dengan setiap kediaman. Ia juga mampu mensterilkan paip dengan air pada suhu 100°C, menyingkirkan 99.9 peratus bakteria,” katanya.

Dari kiri: Timbalan Pengurus Besar CUCKOO International, Nick Chin, Ketua Pegawai Operasi CUCKOO International, Toh Seng Lee, KC Hoe, Siti Nurhaliza, Ketua Pegawai Pemasaran, Queenie Goh dan Pengurus Kanan Pemasaran, Cik Serene Choot pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke - 9 CUCKOO International yang diadakan di Kuching, Sarawak.
Dari kiri: Timbalan Pengurus Besar CUCKOO International, Nick Chin, Ketua Pegawai Operasi CUCKOO International, Toh Seng Lee, KC Hoe, Siti Nurhaliza, Ketua Pegawai Pemasaran, Queenie Goh dan Pengurus Kanan Pemasaran, Cik Serene Choot pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke - 9 CUCKOO International yang diadakan di Kuching, Sarawak.

Beliau berkata, CUKCOO International juga melancarkan Penapis Udara CUCKOO U Model yang lengkap dengan penyerapan 360°, dan liputan yang tiada tandingan sehingga 1,161 kaki persegi, sesuai untuk penggunaan komersial.

“Penapis udara ini juga dilengkapi dengan Penapis Ultra-Deo HEPA, membolehkan ia menapis sehingga 99.99 peratus bakteria dan virus di udara, dan juga disalut dengan Tembaga Sulfida yang memberikan penapis udara ciri antivirus, antibakteria dan antikulat.

“Pelancaran dua produk yang berevolusi ini ditambah kepada portfolio produk kami dan menjadi bukti komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk meningkatkan lagi standard produk kediaman sihat.

“Kami percaya bahawa produk-produk ini akan menyediakan cara yang lebih bijak dan lebih mudah supaya pelanggan dapat menerapkan kesejahteraan ke dalam kediaman mereka. Kami yakin bahawa ia juga akan akan meletakkan jenama ini pada trajektori pertumbuhan yang betul ke arah matlamat kami sebagai jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) Nombor 1 di Asia,” kata KC Hoe.

Sementara itu, salah seorang pemenang sebuah unit pangsapuri perkhidmatan EXSIM D’Terra, Lau Hui Hua berterima kasih kasih kepada CUCKOO kerana menganjurkan peraduan Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’ yang dilancarkan pada Ogos lepas.

“Memenangi kondo ini terasa seperti mimpi menjadi kenyataan! Terima kasih, CUCKOO international,” ujar Hui Hua.

Sementara itu, salah seorang pemenang hadiah Proton Saga, Denis Anak Empalah berbesar hati kerana dipilih sebagai pemenang peraduan itu.

“Terasa seperti mimpi menjadi kenyataan. Saya bersyukur kerana dipilih dalam kalangan ramai calon yang layak dan berpeluang saya menerima pencapaian ini,” kata Denis.