Sila log masuk terlebih dahulu.

Cara membersihkan luka dengan betul

No Image Caption
A
A
A

TATKALA mengalami luka pada anggota badan, ramai yang bertindak menutupnya dengan plaster. Tahukah anda bahawa cara itu tidak tepat sama sekali.

Anda sepatutnya membersihkan luka tersebut terlebih dahulu untuk mengurangi risiko infeksi dan mempercepatkan penyembuhannya.

Di sini Femina kongsikan langkah-langkah yang tepat bagaimana cara membersihkan luka anda sepertimana dipetik daripada helloSEHAT:

1) Cuci tangan

Sebelum membersihkan luka, cuci tangan anda terlebih dahulu menggunakan sabun dan air mengalir. Sebaiknya, cukup gunakan 'hand sanitizer' pada kedua tangan dan lap sampai kering. Gunakan sarung tangan bagi mengelak terkena jangkitan kuman.

2) Tekan kawasan kulit yang luka

Tekan perlahan-lahan kawasan tersebut menggunakan kain bersih sehingga perdarahan berhenti. Untuk luka atau goresan yang kecil tidak perlu ditekan. Perlu dicatatkan bahawa langkah ini hanya berlaku untuk luka yang mengeluarkan darah sahaja. Jika luka yang serius anda perlu segera berjumpa doktor.

3) Bersihkan luka dengan air

Artikel Berkaitan:

Bersihkan luka dengan air bersih yang mengalir selama 5-10 minit. Langkah ini penting bagi menghilangkan kotoran yang menempel pada luka tersebut.

Kemudian bersihkan dengan sabun yang lembut untuk membersihkan kawasan yang luka. Elakkan sabun tersebut daripada terkena pada tempat yang terluka kerana boleh menyebabkan iritasi.

4) Oleskan krim atau antibiotik

Sebaik selesai membersihkan luka, oleskan kawasan tersebut dengan krim atau antibiotik. Jenis antibiotik ini berfungsi untuk menjaga kulit agar ia tetap lembab dan mencegah pertumbuhan jaringan parut pada bekas luka.

5) Balut luka dengan kain kasa

Sebetulnya, tidak semua jenis luka harus dibalut dengan kain kasa. Jika lukanya hanya sedikit dan tidak dalam, cukuplah dengan membersihkan luka tersebut tanpa harus menutupnya. Namun begitu, kain kasa perlu segera ditukar apabila kotor dan basah saat terkena air.