Statut Rom: Pengekalan Malaysia sebagai 'negara pihak' mengecewakan

Wisma Putra
A
A

PUTRAJAYA - Wisma Putra akan meminta Koordinator Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia memberi penjelasan berhubung proses dan status terkini penarikan diri Malaysia daripada menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, pengekalan Malaysia sebagai Negara Pihak kepada triti itu seperti yang tertera dalam laman sesawang PBB adalah sangat mengecewakan walaupun Malaysia telah mengemukakan surat penarikan diri.

Kerajaan Malaysia telah mengemukakan surat penarikan diri Malaysia daripada menyertai Statut Rom kepada Setiausaha Agung PBB pada 29 April, selaku depositori bagi triti itu, setelah mengambil kira semua langkah yang perlu diambil untuk melaksanakan proses penarikan diri, katanya.

Pada 5 April, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keputusan Jemaah Menteri supaya Malaysia menarik balik penyertaannya dalam Statut Rom. -Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: PBB keluarkan nama Malaysia dari senarai Statut Rom


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia