PBB keluarkan nama Malaysia dari senarai Statut Rom

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengeluarkan nama Malaysia dari senarai Negara-negara Pihak Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) setelah PBB melengkapkan prosedur penarikan diri Malaysia daripada Statut Rom ICC.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kerajaan telah mengemukakan surat penarikan diri penyertaan Malaysia ke Statut Rom kepada Setiausaha Agung PBB, selaku depositori bagi triti tersebut, pada 29 April lepas.

"Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan keputusan Jemaah Menteri supaya Malaysia menarik diri penyertaannya ke Statut Rom ICC pada 5 April lepas.

Isu ini juga telah disentuh semasa sesi penggulungan Dewan Rakyat yang telah berlangsung pada 30 April lepas yang mana persoalan mengenai perkara ini telah dijawab Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Marzuki Yahaya," kata kenyataan itu. -Bernama

Artikel Berkaitan: