Kafe bantu tingkat sumber ekonomi masjid

Perniagaan mini kafe, Pulut & Co yang dibuka dalam kawasan MTAABS mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan. Gambar kecil: Suzy Aziziyana Saili
Perniagaan mini kafe, Pulut & Co yang dibuka dalam kawasan MTAABS mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan. Gambar kecil: Suzy Aziziyana Saili
A
A
A

MUADZAM SHAH - Masjid Tengku Ampuan Afzan Bandar Satelit (MTAABS) di sini mengambil inisiatif membuka perniagaan mini kafe, Pulut & Co bagi meningkatkan sumber ekonominya sejak lapan bulan lalu.

Inisiatif di bawah projek pembangunan ekonomi MTAABS itu telah direalisasikan dengan kerjasama beberapa pihak termasuk Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) di sini.

Penasihat Projek, Suzy Aziziyana Saili berkata, projek itu merupakan salah satu tumpuan utama dalam Perancangan Strategik MTAABS 2023-2027 di bawah Kelestarian Ekonomi Mapan MTAABS jangka sederhana dan jangka panjang.

Menurutnya, pada awalnya projek mini kafe Pulut & Co itu dirancang sebagai projek khidmat komuniti pelajar Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Uniten KSHAS.

Kafe Pulut&Co yang berada dalam kawasan masjid turut menjadi tumpuan jemaah bukan sahaja dalam kalangan penduduk setempat malah pengguna Jalan Kuantan -Segamat yang singgah solat dan berehat.
Kafe Pulut&Co yang berada dalam kawasan masjid turut menjadi tumpuan jemaah bukan sahaja dalam kalangan penduduk setempat malah pengguna Jalan Kuantan -Segamat yang singgah solat dan berehat.

"Keseluruhan idea termasuk pemilihan jenama Pulut & Co, konsep perniagaan, penyediaan menu dan gerak kerja projek telah diilhamkan dan dipantau saya sendiri sebagai penasihat projek khidmat komuniti ini.

"Banyak cabaran dihadapi dalam merealisasi projek itu terutama dalam proses menyediakan proposal, mengenalpasti tapak perniagaan, pemilihan konsep fizikal kafe, pembangunan premis dan peralatan.

"Allhamdulillah segala penat jerih itu berbaloi apabila kafe ini berjaya disiapkan dan telah pun beroperasi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Suzy Aziziyana yang juga Ketua Unit Sains Sosial dan Humaniti, Kolej Pendidikan Berterusan (CCEd) Uniten berkata, terdapat tiga matlamat utama pelaksanaan projek pembangunan ekonomi itu.

"Selain untuk meningkatkan sumber ekonomi MTAABS, projek itu juga bersifat pembangunan ekonomi komuniti setempat.

"Melalui projek itu, kami turut membuka ruang dan peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil di sekitar Muadzam Shah untuk bersama institusi masjid menjana pendapatan," ujarnya.

Kafe Pulut&Co sentiasa mengutamakan kebersihan dan kualiti makanan yang dijual.
Kafe Pulut&Co sentiasa mengutamakan kebersihan dan kualiti makanan yang dijual.

Beliau berkata, objektif ketiganya adalah membuka ruang projek-projek kesukarelawanan dan khidmat komuniti setempat kepada MTAABS terutama melibatkan pelajar Uniten sendiri.

"Projek ini turut dicadangkan untuk dikembangkan menjadi Projek Inkubator Keusahawanan Mini Kafe bagi pelajar-pelajar Uniten.

"Melalui penglibatan pelbagai pihak termasuk Uniten dalam pelaksanaan projek pembangunan ekonomi masjid ini diharap akan memberi impak yang baik dalam memastikan kelestarian ekonomi dan memperkukuhkan kewangannya pada masa akan datang," katanya.