Kerajaan perlu stabil bagi pastikan kebajikan rakyat dijaga - PM

Anwar bertemu warga peneroka di Karnival Segalanya Felda di Dataran Niaga Felda Chemomoi di sini pada Isnin.
Anwar bertemu warga peneroka di Karnival Segalanya Felda di Dataran Niaga Felda Chemomoi di sini pada Isnin.
A
A
A

BENTONG - Kerajaan perlu kukuh dan stabil bagi memastikan kepentingan dan kebajikan rakyat dijaga sebaiknya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kestabilan politik yang stabil perlu disokong sepenuhnya oleh rakyat agar pelaburan dapat bertambah, selain dasar kerajaan perlu jelas.

Menurutnya, mengambil contoh Pahang, sejak zaman Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sehingga Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, tiada kawasan tanah rancangan di negeri ini yang ditutup mahu pun dikurangkan jumlahnya.

“Peranan kita (masyarakat Felda) adalah pastikan kerajaan kena stabil, untuk apa? Untuk kita gunakan kuasa jaga kepentingan rakyat dan kebetulan Felda ini terbesar di Pahang.

“Dengan rekod yang ada ini, saya hendak jadikan Pahang contoh terbaik urus kawasan Felda dengan bantuan kerajaan Persekutuan seperti yang saya umumkan sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap Karnival Segalanya Felda di Dataran Niaga Felda Chemomoi di sini pada Isnin.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun menjelaskan insiatif yang telah diambil dan dilaksanakan oleh kerajaan Pahang dalam membantu warga Felda amat membanggakan.

"Saya hendak beri jaminan percayalah kita akan terus jaga Felda.

Artikel Berkaitan:

"Hendak kritik boleh, hendak tegur boleh tapi jangan maki hamun dan cerca, itu saya tak boleh terima,” katanya.