Dulu lawan BN bukan kerana beza akidah - Bekas calon PH

Ahmad Wafiuddin
Ahmad Wafiuddin
A
A
A

BENTONG - Bekas calon Pakatan Harapan (PH) Ahmad Wafiuddin Shamsuri yang pernah menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu menegaskan, kestabilan politik adalah perkara yang penting untuk penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Menurutnya, Kerajaan Perpaduan hari ini telah membuktikan kestabilan politik yang lebih stabil dan kuat.

"Perbezaan politik bukanlah perbezaan akidah. Saya menentang BN bukan kerana berbeza akidah.

"Kami berlawan atas siapa yang menawarkan kepimpinan yang terbaik.

"Kepentingan kepimpinan yang selari dengan kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk kemajuan DUN Pelangai," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Ahmad Wafiuddin berkata demikian mengulas mengenai persoalan orang ramai bagaimana beliau boleh menyokong dan berkempen untuk kemenangan BN pada PRK kali ini setelah menjadi lawan parti itu pada PRU lalu.

Pada PRU lalu, beliau tewas di Pelangai apabila hanya meraih 2,031 undi berbanding calon BN, Datuk Seri Johari Harun yang menang 7,308 undi manakala calon PN, Kasim Samat (3,250) dan calon Pejuang, Isa Ahmad (65).

Ahmad Wafiuddin mengajak orang ramai untuk memilih dan mengundi Amizar dalam PRK Pelangai pada Sabtu ini.

Artikel Berkaitan:

"Saya dengan besar hati dan rendah hati menyeru rakan-rakan PH dan rakan-rakan yang mengenali untuk kali ini memberikan undi kepada Barisan Nasional dan calon Amizar untuk PRK DUN Pelangai," katanya.