11 kawasan catat IPU tidak sihat setakat jam 7 malam

Sebanyak 11 kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat, setakat jam 7 malam pada Isnin.
Sebanyak 11 kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat, setakat jam 7 malam pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 11 kawasan di Semenanjung mencatat indeks pencemaran udara (IPU) kategori tidak sihat melebihi 101 sehingga jam 7 malam pada Isnin.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Nilai di Negeri Sembilan masih mencatatkan bacaan IPU paling tinggi setakat ini iaitu 160, manakala Port Dickson (152) dan Seremban (155).

Turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat di Cheras, Kuala Lumpur (159), Batu Muda (102) manakala Putrajaya pula 152.

Bacaan IPU tidak sihat juga turut dilaporkan di Banting (155), diikuti dengan Shah Alam (153), Klang (103), Petaling Jaya (153) dan Johan Setia (137).

Sementara itu, berdasarkan peta taburan IPU di laman sesawang APIMS, sebanyak 56 stesen di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana manakala satu stesen lagi mencatatkan bacaan baik.

Untuk rekod, bacaan IPU sehingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas adalah berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS bagi bacaan IPU terkini.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!