KDN sudah buat keputusan 9,539 permohonan kewarganegaraan

Saifuddin Nasution berucap sempena Program KDN Madani di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak, pada Ahad. FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
Saifuddin Nasution berucap sempena Program KDN Madani di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak, pada Ahad. FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah membuat keputusan 9,539 permohonan kewarganegaraan sehingga September lalu.

Jumlah itu membuktikan secara jelas bahawa KDN hampir mencapai sasarannya, iaitu 10,000 menjelang tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Kerajaan Perpaduan melalui KDN sentiasa komited untuk mempertimbangkan setiap permohonan kewarganegaraan secara adil dan saksama.

"Penganugerahan kewarganegaraan Malaysia kepada individu bertaraf bukan warganegara merupakan anugerah tertinggi dan hak eksklusif Kerajaan Persekutuan, ia tidak ditawarkan dan diberikan dengan sewenang-wenangnya.

"Kerajaan juga telah melaksanakan Pindaan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan berhubung Perkara Kewarganegaraan dan hasil cadangan pindaan akan dibawa ke Majlis Raja-Raja pada Oktober 2023," katanya ketika berucap sempena Program KDN Madani di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak, pada Ahad.

Menerusi program tersebut, seramai 19 individu diluluskan permohonan bagi mendapat status warganegara Malaysia.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir permohonan Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) dari 30 September kepada 31 Oktober ini.

Menurut beliau, pemberian bantuan itu akan memanfaatkan 2,000 persatuan penduduk yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPPM), dengan jumlah pemberian sebanyak RM10 ribu bagi setiap pertubuhan yang layak.

Artikel Berkaitan:

"KDN telah memperuntukkan keseluruhan sebanyak RM20 juta bagi program GPPK.

Sehingga September, sebanyak 1,635 permohonan telah dipertimbangkan. Pada hari ini, penyerahan GPPK telah diserahkan kepada tujuh pertubuhan.

"Pemberian GPPK ini adalah bertujuan untuk memperkasa peranan pertubuhan dalam meningkatkan penglibatan dalam

pelbagai aktiviti kesukarelawanan untuk keselamatan komuniti dan juga bagi persediaan menghadapi bencana," ujarnya.