'Tawaran dibuat sekali sahaja, terserah KJ buat keputusan'

Hamzah berucap pada Himpunan Pakat Pertahan dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Negeri Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada Sabtu.
Hamzah berucap pada Himpunan Pakat Pertahan dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Negeri Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) masih terbuka untuk menerima sebarang keputusan daripada Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung tawaran menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan peluang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berpandangan, tawaran berkenaan cukup dibuat sekali sahaja kepada bekas Ahli Parlimen Rembau itu.

“Kalau dia (Khairy) main tarik tali tak apa, pada saya apabila presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) cakap sekali sahaja, kemudian cukup.

Orang ramai yang hadir pada Himpunan Pakat Pertahan dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Negeri Kelantan pada Sabtu.
Orang ramai yang hadir pada Himpunan Pakat Pertahan dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Negeri Kelantan pada Sabtu.

“Sama ada dia terima atau tidak itu terpulang kepada dia,” katanya pada pemberita selepas berucap pada Himpunan Pakat Pertahan dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Negeri Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, Muhyiddin mengakui menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu kepada Khairy, jika beliau mahu menyertai parti itu.

Muhyiddin mendedahkan, tawaran berkenaan dikemukakan kepada Khairy selepas bekas Menteri Kesihatan berkenaan dipecat daripada UMNO pada Januari lalu.

Media kemudian melaporkan Khairy seolah-olah memberi gambaran menolak tawaran itu semasa pertemuannya dengan Muhyiddin pada Isnin lalu.

Beliau bagaimanapun berkata akan mempertimbangkan semula tawaran tersebut atas permintaan Muhyiddin.

ARTIKEL BERKAITAN:KJ sudah ada jawapan tawaran Muhyiddin

Khairy Jamaluddin ditawar Ahli MPT Bersatu - Muhyiddin

'Jangan lagi fikir soal KJ' - Ahmad Faizal