3,000 peserta jayakan Lotus’s Ceria Charity Run

Lukanisman (tujuh kiri) diiringi Kenneth (dua kanan) dan Azliza (kanan) bersama ribuan peserta Lotus’s Ceria Charity Run yang berlangsung di Setia Alam pada Sabtu. - Foto: SINAR HARIAN/ MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Lukanisman (tujuh kiri) diiringi Kenneth (dua kanan) dan Azliza (kanan) bersama ribuan peserta Lotus’s Ceria Charity Run yang berlangsung di Setia Alam pada Sabtu. - Foto: SINAR HARIAN/ MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

SHAH ALAM – Lotus’s Malaysia berjaya mengumpulkan sumbangan mencecah RM1 juta menerusi program #KitakanJiran Lotus’s yang dilancarkan sejak Julai lalu.

Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia, Azliza Azmel berkata, sumbangan yang berjaya dikumpul itu akan diagihkan bagi membantu menyediakan makmal digital untuk projek sekolah anak angkat luar bandar Lotus’s.

Menurutnya, buat permulaan terdapat lima buah sekolah terpilih untuk projek berkenaan di seluruh negara.

“Projek ini pertama kali kita lancarkan dengan setiap penyumbang boleh memberikan barangan ataupun wang tunai.

“Bayaran pendaftaran RM20 setiap peserta Ceria Charity Run turut disalurkan ke dalam dana #KitakanJiran Lotus’s,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Upacara pelepasan peserta Lotus’s Ceria Charity Run dan pelancaran Bulan Kesihatan Lotus’s telah disempurnakan Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni diiringi Presiden Lotus’s Malaysia, Kenneth Chuah.

Mengulas lanjut mengenai program larian berkenaan yang diadakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu, Azliza berkata, seramai 3,000 peserta pelbagai peringkat umur telah mendaftar untuk acara berkenaan.

“Terdapat tiga kategori larian iaitu 5, 10 dan 15 kilometer dengan setiap peserta yang menamatkan larian akan membawa pulang medal sebagai tanda sokongan yang diberikan terhadap program yang dianjurkan dan berjaya membuat kutipan wang tunai mencecah RM100,000,” katanya

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, program berkenaan turut mendapat sokongan dan tajaan FrieslandCampina (Dutch Lady); Anakku; Suntory (Ribena); Coca-Cola, Unilever, F&N; Ottica Code; Oxford Optical; Sunshine Bread; Nestle; BIG Pharmacy; Gintell; Lionmas Furnisher; Kings Confectionery; Dunkin Donuts; Mehko dan Ice Watch.

“Lotus’s turut menyediakan hadiah untuk peserta cabutan bertuah, akitiviti permainan dan hadiah menarik untuk ahli My Lotus’s di Race Village seperti Flavor Frenzy, Recycling Ninja, Harvest Toss dan Guess the Weight,” ujarnya.

Sementara itu, Lukanisman berkata, Bulan Malaysia Sihat Sejahtera yang digariskan di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat bukan sahaja untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat tetapi turut mengukuhkan perpaduan dalam pelbagai sektor.

Lukanisman diiringi Kenneth (dua dari kiri) menyampaikan plak penghargaan selaku rakan kerjasama Lotus's kepada Pengurus Grup Pengiklanan Sinar Harian, Hasryna Mohd Mokhtar - Foto: SINAR HARIAN/ MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Lukanisman diiringi Kenneth (dua dari kiri) menyampaikan plak penghargaan selaku rakan kerjasama Lotus's kepada Pengurus Grup Pengiklanan Sinar Harian, Hasryna Mohd Mokhtar - Foto: SINAR HARIAN/ MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

“KKM menggalakkan lebih banyak sektor swasta bekerjasama untuk mempromosikan gaya hidup sihat,” katanya.

Ujarnya, inisiatif berkenaan merupakan sokongan kepada Kertas Putih Kesihatan negara untuk mencegah penjagaan pesakit kepada sistem untuk orang ramai kekal sihat.

“Kertas Putih Kesihatan mengiktiraf fungsi komunikasi awam dan program jangkauan kesihatan yang dipertingkatkan dengan kerjasama awam-swasta untuk meningkatkan pencegahan penyakit dengan gaya hidup sihat serta kawalan penyakit berjangkit termasuk menangani maklumat salah mengenai kesihatan,” jelasnya