Bank Muamalat perkenal kempen SSi, peluang menang RM1 juta

Orang ramai berpeluang mendapatkan informasi mengenai kempen serta aktiviti di reruai Bank Muamalat di seluruh negara. Gambar kecil: Mohd Habib
Orang ramai berpeluang mendapatkan informasi mengenai kempen serta aktiviti di reruai Bank Muamalat di seluruh negara. Gambar kecil: Mohd Habib
A
A
A

SHAH ALAM - Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) memperkenalkan Sijil Simpanan Islamik (SSi) untuk menggalakkan orang ramai menyimpan di samping berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM1 juta.

Pengurus Perniagaan Serantau cawangan Selangor, Mohd Habib Mat Daud berkata, SSi merupakan produk baharu bank berkenaan di bawah Akaun Berjangka Tetap-i (ABT-i) berkonsepkan Tawarruq yang ditambah baik.

"Produk ini menawarkan pelbagai hadiah menarik dengan jumlah keseluruhan lebih RM3 juta antaranya kereta Mercedes-Benz A200 dan C200, baucar percutian bernilai RM10,000, wang tunai dan Apple iPad mini.

"Oleh kerana Bank Muamalat mempunyai 68 cawangan di seluruh negara, maka peluang pelanggan memenangi hadiah ditawarkan sangat tinggi," katanya kepada Sinar Harian sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Sabtu.

Dalam pada itu, Mohd Habib memaklumkan SSi menjadi platform menyediakan penyelesaian simpanan inovatif, patuh syariah dan menggabungkan kadar keuntungan lebih menarik selain pilihan tempoh yang fleksibel.

Beliau berkata, kempen berkenaan juga bertujuan memperkasa setiap individu memperkukuh simpanan dan memastikan kewangan berdaya tahan bagi mencipta kehidupan lebih baik.

No Image Caption

"Selain berpeluang memenangi dua kali wang bernilai RM1 juta pada November 2023 dan Februari 2024, kempen ini turut memperkenalkan satu cabutan tambahan buat pelanggan yang layak iaitu Superb State dan Superb Cash1000.

Artikel Berkaitan:

"Seramai 20 pemenang dengan pelan asas dan premium berpeluang memenangi wang tunai RM1,000 setiap seorang bermula Ogos hingga Februari depan.

"Kempen ini terbuka terbuka untuk semua pelanggan baharu atau sedia ada berusia 12 tahun ke atas dengan tempoh kempen bermula 8 Ogos hingga 29 Februari 2024," jelasnya.

Mohd Habib berkata, orang ramai boleh melanggan SSi dengan membuka akaun melalui aplikasi aplikasi Muamalat (Map), Perbankan Internet Runcit i-Muamalat (Rib) atau mengunjungi mana-mana cawangan berhampiran.

Bagi pelanggan sedia ada pula, Bank Muamalat masih meneruskan kempen Super Saver 2023 yang bermula diperkenalkan sejak 1 Mac lalu sehingga 29 Februari 2024 untuk Akaun Simpanan-i Tawarruq dan Akaun Pelaburan Tidak Terhad Mudarabah (Suria).

SSi edisi terhad

Sementara itu, Mohd Habib memaklumkan, Bank Muamalat juga memperkenalkan SSi edisi terhad sebanyak 6,600 unit edaran sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 lalu.

Beliau menjelaskan, jumlah itu sempena sambutan ke 66 tahun kemerdekaan negara dengan tawaran sudah dibuka bermula 28 Ogos lalu sehingga 30 September ini.

Bertepatan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini iaitu 'Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan', edisi terhad itu merupakan inisiatif bank dalam memperkukuh simpanan pelanggan selain memastikan kewangan berdaya tahan.

Penerangan mengenai pelbagai maklumat berkaitan perbankan Bank Muamalat disantuni pegawai yang bertugas.
Penerangan mengenai pelbagai maklumat berkaitan perbankan Bank Muamalat disantuni pegawai yang bertugas.

"SSi edisi terhad ini juga menawarkan pelbagai hadiah menarik berjumlah lebih RM3 juta dan memberi dua kali peluang kepada pelanggan untuk memenangi RM1 juta.

"Kami turut menganjurkan promosi melalui jerayawara (roadshow), pembukaan reruai (booth) dan pelbagai aktiviti lagi di seluruh negara sebagai usaha menggalakkan pelanggan kami untuk menyimpan, melabur dan menang," ujarnya.

SSi edisi terhad tersedia di semua 68 cawangan Bank Muamalat di seluruh negara sehingga 30 September ini.