[VIDEO] PRK Pelangai: Jangan persoal profesionalisme polis - Zahid Hamidi


Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/281679/berita/politik/prk-pelangai-jangan-persoal-profesionalisme-polis---zahid-hamidi

Muzik: www.bensound.com

#BeritaMojo #SinarHarian #BeritaSemasa #SinarTerkini" />
A
A
A

BENTONG - Pembangkang diingatkan agar tidak mempersoalkan profesionalisme pihak berkuasa yang menjalankan tugas sepanjang berlangsungnya kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, dakwaan yang dibangkitkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan boleh menimbulkan kekeliruan.

"Saya kenal beliau secara peribadi dan beliau akan menggunakan apa sahaja, bukan hanya untuk menimbulkan situasi bagi menyerang, tapi mewujudkan kekeliruan.


"Polis sangat profesional, mereka cuma memantau mana-mana parti politik atau calon yang melakukan kempen.

"Jangan persoalkan profesionalisme yang dilakukan agensi penguatkuasaan terutamanya oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia)," katanya pada sidang akhbar selepas Merasmikan Karnival Kerjaya Myfuture Jobs Bersama Hawa Malaysia di Felda Chemomoi di sini, pada Sabtu.

Ahmad Zahid - Foto Bernama
Ahmad Zahid - Foto Bernama

Pada Jumaat, Pas mendakwa kehadiran luar biasa pihak berkuasa dalam pelbagai aktiviti kempen dianjurkan parti itu pada PRK Pelangai menimbulkan keresahan dalam kalangan penyokongnya.

Takiyuddin berkata, tindakan itu juga boleh memberi gambaran tidak sihat kepada amalan demokrasi negara.

Artikel Berkaitan:

Dakwanya, kehadiran kereta peronda terlalu kerap di markas-markas operasi terutama milik Perikatan Nasional (PN) dengan alasan untuk mendapatkan maklumat kekuatan petugas dan gerak kerja sedangkan ia tiada kaitan dengan agensi itu.

Bagaimanapun, calon PN, Kasim Samat dilapor berkata, secara peribadi kehadiran pihak berkuasa tidak memberi kesan kepada beliau namun tidak menolak terdapat laporan daripada jentera kempen yang 'terganggu' dengan situasi tersebut.