'Sayang UMNO, tapi benci pemimpin tidak bertanggungjawab' - Ismail

Ismail
Ismail
A
A
A

BENTONG - Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Mutalib mengakui masih sayangkan UMNO, namun membenci pemimpin parti yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, ini kerana ada segelintir pemimpin parti yang sanggup mengorbankan prinsip parti terbesar Melayu itu demi kepentingan dirinya.

"Cukup kecewa ada pemimpin sebegini. Saya tidak benci UMNO dan tidak (juga) benci pada orang UMNO,tetapi saya benci kepada pemimpin tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika menemani calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat untuk bertemu peniaga di pasar malam Simpang Pelangai di sini.

Bekas Timbalan imbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memaklumkan beliau akan mendapat keadilan untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sekiranya tiada usaha dilakukan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ismail bersama calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat ketika membantu kempen bertemu peniaga di pasar malam Simpang Pelangai di sini.
Ismail bersama calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat ketika membantu kempen bertemu peniaga di pasar malam Simpang Pelangai di sini.

"Kata sayang Najib, tapi tiada sorang pun sanggup membela Najib. Tapi 47 kes ( tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi ) yang ada kes prima facia, masih minta untuk dilepaskan.

"Kalau awak (Zahid) tidak pertahankan Najib, siapa suruh Najib letak jawatan?.Bila dan jadi ketua (dalam) UMNO, kalah dahsyat dan akhirnya pertahankan diri bukan pertahankan parti, agama dan bangsa," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, akhbar melaporkan rasa kecewa daripada kalangan ahli dan sebahagian pemimpin parti selepas dikatakan Najib yang dipenjara lebih setahun tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!