23,247 saman warga asing sejak tahun lalu - Ayob Khan

Ayob Khan - Foto: Bernama
Ayob Khan - Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah mengeluarkan 23,247 saman trafik kepada warga asing sejak tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bagi tahun 2022, sebanyak 18,385 saman dikeluarkan membabitkan 15,221 saman K170A dan K257 iaitu 3,164 saman.

Menurutnya, daripada jumlah itu, hanya 2,178 saman telah diselesaikan mereka.

"Bagi tahun ini setakat Ogos, terdapat 4,862 saman dikeluarkan membabitkan saman K170A (2,720) dan K257 (2,142) di mana 1,703 telah diselesaikan," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, untuk warga asing, pihak polis telah melaksanakan Operasi Saman Tertunggak Warga Asing khususnya di Kelantan, Johor, Perlis, Kedah dan Perak.

Tambahnya, operasi warga asing turut dijalankan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan JPJ mengeluarkan 14,527 saman terhadap penunggang motosikal warga asing di seluruh negara atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Motosikal 2023 bermula 1 hingga 20 September lepas.

Kesalahan utama yang dikesan adalah tiada lesen memandu dengan 6,268 saman, tiada perlindungan insurans (2,667), lesen kenderaan motor tamat tempoh (2,657) dan lain-lain kesalahan teknikal 1,948 saman.

Artikel Berkaitan: