Guna nombor plat curi punca pemandu kereta larikan diri

Video tular yang memaparkan sebuah kereta dikejar oleh sekumpulan penunggang motosikal.
Video tular yang memaparkan sebuah kereta dikejar oleh sekumpulan penunggang motosikal.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan pemandu kereta melarikan diri selepas melanggar dua kenderaan menyebabkan dia dikejar beramai-ramai oleh sekumpulan penunggang motosikal.

Sumber berkata, merujuk kepada satu laporan polis dibuat, kejadian tersebut berlaku di Jalan Gombak dari arah Taman Sri Gombak menghala ke Sentul Point kira-kira jam 2.05 petang, Rabu.

Menurutnya, sebelum itu berlaku kemalangan melibatkan dua buah kereta jenis Nissan Almera dan Proton Saga serta motosikal jenis Yamaha.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa penunggang motosikal sedang berhenti di lampu isyarat dan telah dilanggar oleh pemandu Nissan Almera dari belakang.