Guna nombor plat palsu konon mahu elak ditarik kedai

SHAH ALAM - Sanggup guna nombor plat palsu kerana mahu elak motosikal ditarik kedai kerana gagal lunaskan bayaran bulanan.
Itu antara kesalahan yang dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menerusi Op Khas Motosikal di Plaza Tol Seri Muda, di sini Isnin lalu.
Timbalan Pengarah JPJ Selangor, Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, operasi bermula jam 8 pagi hingga 11.30 malam yang diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Selangor, Mazlini Yusof itu mengesan kesalahan yang dilakukan penunggang wanita terbabit.
"JPJ berjaya mengesan seorang penunggang motosikal Yamaha Y16 yang memasang nombor pendaftaran kenderaan lain kerana takut motosikalnya ditarik kedai.