MBSA kesan peniaga berniaga tanpa permit

Mohd Rashidi mengedarkan mangkuk tingkat secara percuma kepada pengunjung untuk menyokong Kempen Bebas Polistirena Shah Alam 2019.
Mohd Rashidi mengedarkan mangkuk tingkat secara percuma kepada pengunjung untuk menyokong Kempen Bebas Polistirena Shah Alam 2019.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas beberapa peniaga yang dikenal pasti berniaga secara haram di tapak bazar Ramadan di Persiaran Atmosfera, U5, di sini.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan berkata, kegiatan itu dikesan selepas pihaknya menjalankan tindakan penguatkuasaan melalui Op statik bermula 6 Mei lalu di semua lokasi bazar Ramadan di bawah pentadbiran MBSA.

Beliau berkata, menerusi operasi tersebut, anggota MBSA yang ditempatkan di lokasi untuk mengawal dan memastikan penjaja tanpa permit ini menjalankan perniagaan, telah memberi amaran kepada peniaga-peniaga terlibat.

"Kita beri tempoh sehingga semalam untuk mereka berhenti berniaga di tapak haram tersebut dan berpindah ke tapak-tapak yang mendapat kelulusan MBSA untuk berniaga.

"Jika mereka bersetuju dengan tawaran kita, kelulusan lesen atau permit akan diberi serta merta," katanya pada sidang akhbar selepas Program Bazar Ramadan Mampan 2018 di tapak Bazar Ramadan Seksyen 19,di sini, hari ini.

Mohd Rashidi (dua,kiri) memakaikan apron kepada salah seorang peniaga pada Program Bazar Ramadan Mampan 2018 di tapak Bazar Ramadan Seksyen 19, di sini, hari ini.
Mohd Rashidi (dua,kiri) memakaikan apron kepada salah seorang peniaga pada Program Bazar Ramadan Mampan 2018 di tapak Bazar Ramadan Seksyen 19, di sini, hari ini.

Katanya, lokasi yang ditawarkan pihaknya kepada peniaga-peniaga terbabit adalah di Jalan Nova yang terletak di kawasan sekitar U5.

Artikel Berkaitan:

"MBSA tak mahu nafikan hak mereka untuk berniaga sebab tu kita beri pilihan tapak-tapak bazar Ramadan yang masih kosong dan dikawal oleh kita.

"Kita mahu semua peniaga dan penjaja dapat berniaga secara teratur serta memastikan mutu makanan disediakan berada pada tahap yang terbaik," katanya.

No Image Caption

Terdahulu, MBSA mengeluarkan sebanyak 1,950 permit bazar Ramadan 2019 di 40 lokasi tapak bazar Ramadan seluruh kawasan pentadbiran MBSA.

Sementara itu, pada program hari ini, Mohd Rashidi mengagihkan 1,000 pek bubur lambuk percuma kepada para pengunjung bazar Ramadan Seksyen 19.

Selain itu, beliau turut mengedarkan mangkuk tingkat secara percuma kepada para pengunjung untuk menyokong Kempen Bebas Polistirena Shah Alam 2019.

"Pada masa sama, kita juga mendekati penjaja/peniaga bazar di sini dengan mengedarkan barangan kelengkapan pengendali makanan mesra alam bagi memastikan mereka mematuhi syarat ditetapkan semasa penyediaan makanan," katanya.